Disebabkan Lirik Ala Ala Arab “Ana Ada…” Tempahan….

Inilah penyebab  Door Kaabah dari Faisal Alwie mendapat sambutan yang sungguh luar biasa.

Siapa sangka dengan hanya lagu berjudul “Caligrafia” Nyanyian Anas Tahir & Faisal Alwie, dihasilkan bagi tujuan promosi memberi Impak luar biasa pada jenama Faisal Alwie.

Kenapa tajuk lagu “Caligrafia”? Dan kenapa ada unsur gaya Pak Arab?

 

Jom ikuti kisah disebalik pembikinan lagu dan muzik video ini.

Pengambaran Muzik Video “Caligrafia” Di Port Dickson.

Muhammad Faisal Bin Alwie  atau dikenali sebagai Faisal Alwie merupakan Pelukis Kaligrafi yang ingin memperkenalkan seni kaligrafi Islam dengan membawa KELAINAN dalam mempersembahkan Seni Kaligrafi dengan mnggunakan lagu sebagai tarikan kepada jenamanya. Pernah berada dalam bidang nyanyian suatu ketika dahulu, Faisal Alwie turut turun padang dalam menjayakan promosi Door Kaabah yang merupakan pengeluar pertama di Malaysia yang mengkormesilkan Door Kaabah dalam bentuk cetakan.

 

Disebalik setiap lirik dan konsep video telah dibincang dan dirancang oleh team dengan teliti bermula dengan maksud disebalik tajuk lagu yang dipilih.

 

Caligrafia” bermaksud KALIGRAFI dalam Bahasa Latin.

Apa itu KALIGRAFI? Dari segi ialah GARISAN. Perkataan berasal dari Yunani iaitu “Kalios Grafia”

Kalios : Tulisan , Grafia : Indah ini bermaksud Kaligrafi bermaksud TULISAN INDAH.

Seni Kaligrafi ini luas , ada yang jenis Kaligrafi Arab, Cina dan seumpamanya.

 

 Pemilihan rentak lagu dan genre yang lebih rancak dapat menarik perhatian ramai orang terutama golongan anak muda berbanding dengan lagu bertemakan Nasyid yang mungkin hanya didengar oleh segelintir orang sahaja.  Bermula dari tarikan ini yang akan memberi pendedahan kepada  lebih ramai orang tentang Seni Kaligrafi Islam.

 

“Ya, betul. Anak-anak muda sekarang tak lari dari hiburan, jadi kita perlu lebih kreatif dalam menyampaikan ” – kata Faisal Alwie.

 

 

               Kesan selepas MuzikVideo ini dimuatnaik di Youtube pada 20.02.2020, Door Kaabah Faisal Alwie kini mendapat tempat dihati ramai orang. Sambutan sangat memberangsangkan walaupun terpaksa menunggu kerana ketika itu Malaysia didalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada Bulan Mac-May 2020.

Sebahagian tempahan Door Kaabah  dari pelanggan 

Seiring dengan Misi Faisal Alwie – “1 Rumah 1 Pintu Kaabah”,  kini Galeri Faisal Alwie sentiasa menerima  tempahan DoorKaabah yang tidak putus-putus. Rata rata pelanggan berkongsi cerita bagaimana mereka tertarik dengan lirik lagu “Ana Ada Design Pintu Kaabah” ketika memaparkan babak “Pak Arab” dalam muzik video, menyebabkan mereka tertarik seterusnya membuatkan mereka terus ingin memiliki Door Kaabah ini.

 

Jadi Apa kena mengena dengan GAYA PAK ARAB ???

Inilah maksud yang ingin disampaikan oleh Faisal Alwie. Door Kaabah ini sendiri merupakan simbolik kepada Kaabah. Sesuai dengan konsep video dan produk, pakaian kebangsaan negara Arab adalah paling tepat dalam membawa elemen Arab.

 

 

      Muzik Video tersebut menerima pelbagai komen baik dan tidak kurang juga kritikan. Apa apa pun Visi dan MISI Galeri Faisal Alwie adalah terus berusaha memperkenalkan dan menyebarkan Seni Kaligrafi  di Persada Dunia.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on print
Share on email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

POST TERBARU

5 tips hias dinding rumah

1)PEMILIHAN #WARNAPastikan WARNA DINDING matching dengan 1 WARNA dalam HIASAN 2)PEMILIHAN #SAIZHiasan Dinding bukan bertujuan