FAISAL ALWIE

KENALI faisal alwie

NAMA SEBENAR IALAH MUHAMMAD FAISAL BIN ALWIE, DILAHIRKAN DI TUMPAT, KELANTAN DARUL NAIM PADA BULAN JULAI TAHUN 1989​

Seorang yang meminati bidang perakaunan dan bekerja dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) suatu ketika dahulu, kini beliau menjadi usahawan seni kaligrafi Islam menggunakan gabungan abstrak dan tulisan khat. Itulah yang dilalui oleh Muhammad Faisal Alwie yang tidak mempunyai sebarang kelayakan mahupun pengalaman dalam bidang seni, namun akhirnya memulakan perniagaan dengan menceburi bidang tersebut.

Menurut Muhammad Faisal, beliau tidak pernah merancang untuk menjadi usahawan memandangkan minatnya lebih kepada perakaunan dan juga muzik ketika itu. “Saya memang mempunyai kumpulan muzik sendiri dan entah macam mana dalam pada masa sama timbul ilham untuk saya melukis kaligrafi Islam dan memuat naiknya dalam akaun Facebook saya. “Dari situ saya dapat pelbagai komen positif dan ramai bertanya adakah itu hasil tangan saya dan ada di antara mereka mula menempah lukisan tersebut,” katanya ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan graduan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, kali terakhir mempelajari tulisan khat adalah ketika berada di tingkatan tiga. “Masa itu saya mempelajari khat di salah sebuah sekolah menengah di Chemor, Perak dan ia hanya sementara sahaja dan kemudian saya sudah tidak mempelajarinya. “Tetapi ilmu yang dipelajari itu masih ada dan itulah yang saya gunakan mula-mula berniaga dan sampai sekarang saya masih lagi mempelajari seni kaligrafi Islam dan juga khat bagi menambah baik penulisan saya,” katanya.

Mula melukis sekadar suka Muhammad Faisal berkata, selepas mengambil risiko menerima tempahan melalui Facebook, beliau yakin untuk meneruskan perniagaan itu secara sambilan memandangkan permintaan sentiasa ada. “Jadi saya ambil keputusan berniaga secara sambilan dan hanya menjalankan perniagaan melalui atas talian (online) sahaja memandangkan saya masih bekerja di LHDN ketika itu. “Kemudian, saya ambil keputusan untuk buka kedai sendiri di Rawang memandangkan permintaan tempahan meningkat dan saya memerlukan ruang untuk melukis dan mencari ilham,” katanya.

Menurutnya, selepas menyedari beliau perlu memberi perhatian dan komitmen sepenuhnya kepada perniagaan, dia akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dengan LHDN pada 2014.

Titik Permulaan Bagi menyebarkan dan meluaskan karya seni Faisal Alwie, beliau banyak membuat kajian tentang ekspressionisma dalam kaligrafi dengan merujuk karya-karya artis tanah air dan artis seni halus dari berbangsa Arab.

AKTIVITI / PAMERAN

2014 – Pameran Seni khat Muzium Melaka
2015 – Pameran Ekpresi Kaligrafi Muzium Melaka
2015 – Pameran “Alif” Msuite Hotel JOHOR
2015 – Pameran “Kalam” Tapak Yusof Ghani, Shah Alam
2016 – Pameran “Earth” Tapak Yusof Ghani,Shah Alam
2016 – Pameran “Seni Khat Expressionis” Yayasan Restu Shah Alam

Beliau terus menterjemahkan hasil abstrak kaligrafi lebih kepada penceritaan dan mendapat didikan tidak formal dari Pelukis tanah seperti Yusof Ghani, Awang Damit, Hamir Soib dan beberapa lagi artis seni halus. Sehinggalah beliau melawat tapak Fakulti Seni Halus untuk mempelajari sesuatu yang baru dari pelajar-pelajar jurusan tersebut disebabkan Faisal Alwie bukanlah penuntut subjek tersebut.

GALERI AKTIVITI